Owner Post Them Follow Dash



MissInsekiyo
MissInsekiyo;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :).
Klik!Klik!

kalau klik please tunggu sampai loading TQ :)
History

Followers

follow me and i will follow you back. happy blogwalking friends :)


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Edited : Azrina
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

Alhamdullilah. Aku redha .


fuhhh..berhabus dah blog ni. bila mood blogwalking dah x ade macam ni la. sekarang musim mood gamer. ouh yeah!! tapi game ni boleh wat duit tau. seriously. kalo nak berminat klik sini. Game ni nama nya MarketGlory. MarketGlory adalah sebuah simulasi permainan online mengenai kehidupan perniagaan,politik, dan peperangan antara negara. Disini anda dapat bermain serta bersosial dengan pemain lain sambil menambah wang anda yang nantinya dapat di cairkan melalui bank anda. Berminat? Jom daftar !

Ok tersasul pulak. Nak cerita pasal SPM result sebenarnya. 

Berapa dapat?

Tak straight pun. Biasa2 je.

Hahaha.

Tak straight pun aku bersyukur sangat-sangat-sangat weh. Aku rasa ni result SPM paling best dalam hidup aku. BM aku tak pernah dapat A. Aku kira student paling corot la dalam kelas tu. Denda tak yah cakap la, banyak kali kena. Tapi alhamdulillah berkat usaha dan doa aku dan semua orang, aku dapat A+ untuk BM. Tak sia-sia semua denda tu. OK cerita bm je la. yang lain malas cerita. Nanti ada orang menyampah pulak. Hehe. Gurau-gurau.

Tadi 8.30 pagi bertolak dari rumah ke MRSM Pengkalan Hulu. Jauh ooo..2 jam. Tapi aku wat lek lu gi lepak warung pekena roti telur dulu. Haha. Sampai-sampai dalam pukul 11 orang dah ramai dah. Malu-malu. Lepas tu gi bayar hutang-hutang semua. Total semua RM54. 5 bulan aku guna dobi free. Hahaha. 

Lepas tu gi lepak dengan member, huhahuha.. sambil tu dok sms,call member yang tak datang lagi ni. banyak lambat ooo diaorang. Lepas tu pengetua bagi ucapan. Aku suka pengetua ni sebab ucapan dia pendek dan penuh bermakna. MRSMPH dapat no 14 dri 45 buah MRSM. OK la tu. GP 2.0307. Adeh..jatuh sikit GP daripada tahun lepas.Tapi ranking naik 1 anak tangga. Hehehe.. 28 orang straight A (kalau x silap). Sorang straight A+. Huuyooo sape tu? Entah la.
Ranking MRSM Se-Malaysia

Lepas tu semua pelajar boleh masuk bilik seminar pergi ambil result SPM. Gabra woo.. tapi wana lagi gabra. Sian dia sampai nangis2. Lepas wana tenang sikit kiteorang pon masuk bilik seminar sama-sama. Tapi wana yang dapat dulu result sebab line kelas 506 pendek. 

Lepas tu turn aku pulak. Yang bagi result tu cik din. Cik Din staff paling femes kat maktab. Malam-malam kalau lapor gi rumah cik din. Macam-macam hadoo. First gi kat kaunter tu cik din kate "makin berisi nampak" hehehe "kat rumah tak kerja ke?" tak "patut la". Malu ceq. Tapi tak pe still happy sebab cik din ingat aku. Haha. Tandatangan semua bagai n then cik din bagi result n sijil2 semua. OMG! Alhamdulillah. I got 6A3B. Seriously happy. Aku tak sedih ok? Satu titik air mata pun x keluar. Hehe

Keluar bilik seminar. Jumpe ayah. Lepas tu gi huhahuha dengan kawan lagi. Tanya dapat berapa semua. OK aku happy dengan semua orang. Lepas tu gi salam cikgu semua. Aku rasa part salam cikgu best. Aku tak tau kenapa? Maybe sebab aku happy salam dengan orang yang susah payah ajar aku ngan kawan2 aku sampai kiteorang dapat habis sekolah. Thank you teacher!

Lepas tu lama la jugak tunggu si shafieqah ni. Lambat benor dtg nye. Orang ramai dah balik pun. Lepas tu aku ikut die ambil result sekali. Haha.. WE GOT SAME ! Alhamdulillah. Belajar, tido same-same. Dapat result pun sama. Haha. Geng-geng aku ramai dapat range 4-6 la. Tapi straight pn ade. 8 pun ada jagak. 7 pun ade jugak. OK takpe. Deme dah masuk U dah pun. Tenang aja sih.

Balik rumah terus buat wechat. Hahaha. Tumpang fon ayah je pun. Fon aku cikai je. Hehehe. Lepas tu gi korek result budak kementerian. Amir dalang semua nye. Hahaha. Dah la tau result aku via adik dia via adik aku. Mentang-mentang la adik die n adik aku BFF kan..haha.. 

Kak nyah call tanya result ape. Lepas tu cakap pasal u, matrik bagai. And tanye aku nak hadiah ape. Mane la tau. "Hadiah sudu nak? Minggu depan nak gi langkawi ni" Hahaha..Kalau sudu emas saya terima. Hehehe..just kidding.

Lesson for today:
Bila kita tawakal+redha. Apa keputusan pun kita dapat,kita akan happy. Nasi yang dah jadi bubur tu biarkan. Tak payah nak menyesal dah. Lepas ni kita tanak nasi baru biar sampai jadi nasi arab lauk ayam. Bubur2 jangan main dah. OK?