Bonjour! ![]() Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :). Klik!Klik! History Followers ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Selamat Hari Jumaat ![]()
Pagi-pagi lagi dah update blog. Lepas subuh tak tidur balik gara-gara opah kemaskan katil waktu aku tengah ambik wuduk. Masuk je bilik tengok katil dah kemas
![]() Tidur lepas subuh ni pun jadi habit lepas masuk asrama. Pengaruh rakan sebilik. hahaha *wei member P308 jgn marah eh* Yela kalau weekend tu lepas subuh, breakfast, naik bilik semua orang sambung tidur balik ![]() Hari ni hari jumaat kan? Kalau zaman sekolah dulu hari jumaat adalah yang hari yang dinanti-nantikan. Balik awal, kelas tak banyak dan yang penting ESOK SABTU. Hahaha. OK Azrina jangan nak melalut panjang betul intro nye pun. Yela2 kacau betul baru nak throwback -.- Pada hari jumaat umat Islam disunatkan membaca surah al-kahfi. Mulai dari tenggelam matahari hari Khamis hingga tenggelam matahari hari Jumaat. Rasanya semua orang dah tahu kan? OK tak pe saje nak cerita sikit nak labur saham akhirat sikit. Jom kita tengok kelebihan membaca surah al-kahfi ni ![]() 1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah) Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi SAW bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq." (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 2)Dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat. Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, dari Nabi SAW bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. 3) Memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat. Daripada Ibnu Umar RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” 4)Terjaga dari fitnah Dajjal Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.” Dah tahu kelebihan-kelebihan membaca al-kahfi kan? So apa lagi jom kita amalkan. Kalau tak boleh baca sekali gus tak pe, baca beransur-ansur pun boleh. Orite ? p/s: Maklumat ini di kopi pasta dari Nusbun Nurain . Bab ilmu tak boleh kedekut so nanti share-share lah ye. Selamat hari jumaat dan selamat beramal. |