Bonjour! Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :). Klik!Klik! History Followers Basecode : PikaChan Edited : Azrina Best viewed in Mozilla and Google Chrome |
First Day Kerja - Penat Gila Babeng
FYI, hari ni aku start kerja. Kerja sebagai promoter bahagian pakaian.
Seriously, jadi promoter ni sangat-sangat-tersangat lah susoh bebenor.
Korang ingat jadi promoter senang ke? OK dulu pun aku rasa macam tu. Promoter just jalan-jalan lepas tu tengok pelanggan semua. Tapi sebenarnya tidaklah begitu. Aku kena isi baju-baju baru. Sangkut selipar-selipar baru. Serius tinggi. Kena guna tangga beb. Nasib baik aku bukan jenis yang gagat. Lepas tu kena mop lantai. Layan pelanggan. Dan yang paling aku lemah kena ingat harga baju-baju semua tu.
Sebenarnya aku ganti seseorang yang akan berhenti kerja minggu depan. Sebaya je yang aku, Nama dia Yana. Yana lah yang jadi mentor aku. Seriously dia baik dan cantik. Haha.. Tapi sayangnya dia nak berhenti dah rabu depan. Aku tak dapat bayang hidup aku tanpa yana. Cewahhhh.. OK aku lupa tadi aku juga kena buang sampah before kedai tutup.
Oh ye.aku juga kenal seorang kakak ni nama dia Kak Sha. Dia pun baik jugak. Sangat peramah. Bila aku gi kaunter je mesti dia tegur. "Rehat ke?" Hahaha
Sebut pasal rehat. Seriuosly aku tak tau nak rehat kat mana. Even ada tempat rehat untuk pekerja kat tinghat atas. Tapi aku tak tahu macam mana nak naik atas tu. So aku pun merempit la naik motor. Rehat pagi aku balik rumah. Rehat petang aku lepak masjid.
Tadi dalam pukul 9.30 malam tiba-tiba kedai black out. Dah la masa tu aku tengah panjat kerusi untuk sangkut kasut yang jatuh-jatuh oleh costumer. Nasib baik bukan tangga kalau tak aku tak tahu la apa nasib aku. Huhuhu.. Ingatkan blackout boleh balik awal. Tapi sama je. Ada pulak constumer dalam gelap-gelap tu nak beli pengepit langsir. Aduyaii..beli esok la makcikk..
Tadi balik pukul 10 lebih. Aku bawak motor kot.. Kuala Kangsar bukan lah macam New York yang tak pernah tidur. Pukul 10 memang dah sunyi dah pekan kuala ni. So aku takut kalo jadi apa-apa. Aku pun bawak motor macam mat rempit 90 km/j dengan jalan basah nya le[as hujan. Serius, kalau aku kepeng dah lama dah melayang.
OK sekian saja cerita saya pada hari ni. Ku gagahi juga untuk update blog ni kalau-kalau berguna untuk siapa-siapa. Serius penat. Macam nak tercabut dah kaki ni. Pinggang pun.
Moral 0f the Story: Janganlah selalu membuli promoter. Promoter bukanlah orang yang tiada kerjaKalau ada typo mane2 paham2 je la ye. Hehehe.. Terima kasih kerana sudi membaca entri yang terseberapa ni. |