Bonjour! Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :). Klik!Klik! History Followers Basecode : PikaChan Edited : Azrina Best viewed in Mozilla and Google Chrome |
Kemaskini Borang UPU
Fuhhh..akhirrnya lepas jugak hajat nak kemaskini UPU. Harap-harap dapat pilihan no.1 dan no.2. Aku malas nak ambil diploma, lama sangat nak tunggu untuk ambil degree. Even orang kata asasi macam tak bernilai. So what? Do I care?
Nampak tak bertapa aku 'taksub' sangat flora dan fauna? Hahaha.. OK aku pun tak tau kenapa aku mesra alam sangat. hehe.. Nak tahu kenapa aku pilih course? OK jom baca. Kalau tak nak tahu ok sila tekan button 'X' di atas. Haha
OK asasi ni memang aku nak sangat-sangat dari dulu. Sebab ni lah cari paling senang untuk aku sambung degree Doktor Perubatan Veterinar kat UPM. Sebab apa senang? Sebab bila dapat asasi UPM ni kita macam dah jadi 'anak angkat' UPM means UPM akan mengutamakan 'anak-anak angkat' diaorang ni dulu untuk sambung degree di UPM. Itu pun kalau pointer bagus la kan?
Yehhh..pasal PALAM ni aku rasa aku dah cerita sikit kat entri dulu. OK tak pe nak cerita jugak. Masa aku wat survey hai itu kat blog-blog akak-akak UITM Puncak Alam, aku tengok macam best gila UITM tu. Environment dia macam ok. Tak lah tengah-tengah bandar sangat and kalau nak outing pun dekat je dengan Shah Alam. Tak lah macam duduk kat Pengkalan Hulu yang kalau outing je pergi Baling. Baling pun pergi Aneka je la. Dah la mahal.
Ahah..yang ni pulak untuk back up kalau-kalau tak dapat AsPer. Hal ini demikian kerana (skema kejap) andai kata aku dapat dip ni aku boleh sambung bachelor Doctor of Veterinary Medicine (DVM) kat UPM. Dan study pun lagi senang sebab dah dapat basic masa dip. OK yang aku cakap ni berdasarkan survey-survey yang aku dapat.
Kenapa aku pilih ek? Entah la aku pun tak sure. Maybe sebab aku rasa macam best je kerja kat ladang bagi binatang makan ape benda. Atau pun sebab kerja dia berkaitan binatang. OK la skip-skip.
Melalui survey aku student-student yang ambil diploma perikanan ada kelas berenang . Hehehe..aku memang dah lama nak belajar berenang ni tapi tak kesampaian. Sedih kan? Masa kem Form 5 tahun lepas ada aktiviti kena terjun dalam kolam sorang. Nak pupuk skeberanian la konon nya. Seriously sebelum terjun memang nampak steady je. Bila dah terjun rasakan kau. Aku hampir-hampir lemas (walaupun masa tu pakai jaket keselamatan -_- ). Pergh..panik kot bila terjun n then lambat sangat nak timbul,aku ingat kan nak tenggelam ke dasar kolam tu dah. Aku sampai kena marah dengan couch yang selamatkan aku tu, die suruh relax2 tapi aku gelabah je. Haha..sori pakcik.
Hahaha...ok ni tak payah cerita panjang. Aku pilih ni sebab aku suka bab cucuk tanam ni. Tunggu la masa untuk sunburn. Hihihi
Antara banyak-banyak ni yang pelik sikit. Aku pilih ni sebab aku rasa selain flora fauna aku minat komputer jugak. Rasa macam smart je kerja pomen2 komputer ni. Aku tak tahu sains komputer ni belajar pasal apa. Aku redah je sebab firasat aku mengatakan aku tak dapat ni. Kahkahkah..
Ada beberapa sebab aku pilih unimas. Antaranya sebab program asasi aku sikit je so aku pilih ni nak back up sikit. Selain itu, sebab dia jauh. Boleh la aku naik kapal terbang selalu lepas ni. Haha. Dan yang akhir sekali sebab UNIMAS pilihan yang terakhir so aku rasa aku tak dapat ni. Kehkehkeh saja ghebe. Macam mak bagi pun..Hihihi
OK habis. Anyway aku dah dapat kerja. Hihihi. Esok start. Tak tau la macam ni kerja nya. Aku takut satu je sebab balik malam. Dah la aku merempit je ni pergi balik kerja. Jangan sampai aku merempit sekali dengan mat rempit sudoh bila balik malam tu. OK taknak taknak. Biarlah selamat semuanya.
p/s: awat la bos ni tutup kedai lambat sangat. Pukul 10.30 mlm ok..
|