Bonjour! Hello and welcome to my blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :). Klik!Klik! History Followers Basecode : PikaChan Edited : Azrina Best viewed in Mozilla and Google Chrome |
Berhenti Kerja
Oh mooo..previous post pasal first day kerja and sekarang post pasal berhenti kerja. What the???
2 hari kerja aku berhenti. Kenapakah? Second day aku kerja tak lah penat sangat macam first day. First day penat sebab kena sangkut selipar tinggi melangut tu. Panjat tangga bagai tu pasal penat. Tapi second day, balik kerja kaki sakit gila. Nak jengkek pun tak boleh. Kalau duduk nak bangun balik, seriously macam orang tua. Jalan terhuyung-hayang, bongkok-bongkok . Aku fikir kalau 2 hari dah rupa ni, macam mane dengan seminggu, sebulan yang akan datang. Parah weiii!! So, aku nekad esok tu aku nak BERHENTI KERJA. So esok tu pagi-pagi naik motor dengan mak pergi klinik dulu. Lepas tu baru pergi kedai. Masa tu pekerja semua tengah keluarkan barang-barang nak letak luar. Takut jugak la masa tu . Mula-mula jumpa dengan Kak Sha. Tanya kat Kak Sha macam mana nak berhenti. Lepas tu Kak Sha kata tanya dengan Abang Amir. Abang Amir tu macam ketua pekerja la kat situ. Aku tanya Abang Amir die pun tak tahu jugak. And then dia suruh tanya Bos. So aku pun dalam takut-takut pergi jumpa Bos. Semua pekerja panggil Bos tu Auntie. So aku pun.. "Auntie saya nak berhenti" Muka Auntie macam terkejut. Lepas tu dia suruh tanya Kak Dila. And then terus blah dengan muka macam benci aku gila. Aku pun pergi la tanya Kak Dila. Kak Dila tu cashier dan dia jugak yang urus pasal keluar masuk pekerja semua. "Kak Dila saya nak berhenti" "Kenapa?" dengan muka terkejutnya. Mana tak nya baru 2 hari kerja nak berhenti. Haha "Sakit kaki" buat muka seposen "Kalau macam tu kena bagi surat berhenti la. Ada bawak?" "Alamak! Kena buat ke? Surat rasmi ke apa?" "Surat biasa je. Tulis la apa alasan nak berhenti semua" "Oh ok" Aku pun blah balik rumah. Oh ye sebelum balik tu aku jumpa Yana. Aku cakap kat die aku nak berhenti. Lepas tu dia pun tak layan. OK takpe-takpe semua orang nak benci aku kan. Sedih2 Balik rumah blur macam mana nak buat notis berhenti kerja 24jam. Aku pun telifon kak nyah apa semua. Tanya tu tanya ni. Ada la jugak dapat idea sikit-skit. Lepas tu tanya kat FB. As usual mesti ada yang respon. Kawan FB aku semua ramah-tamah. Hahaha. Ada yang suruh cari kat google. OK aku pun mengoogle la sorang-sorang cari contoh surat berhenti. OK actually banyak gila contoh surat berhenti. Ada yang merepek-repek pun ada.
sumpah surat resign ni paling style
Tapi aku tak lah buat macam ni. Aku buat yang rasmi punya dalam tak reti tu kan. Haha
Petang tu sebelum pergi balik kampung aku pun bagi la notis berhenti kerja tu. Tapi bagi kat Kak Dila la. Autie tak nak langsung tengok muka aku. Busy kot. And then aku tanya kat kak Dila.
"Tak ade gaji ke?" buat muka tak malu.
"Tak ada. Sebab kalau nak gaji kena kerja sekurang-kurangnya 7 hari" cakap dengan senyap-senyap.
"Ohhh okey. Tak pe la. Tak kesah" Lepas tu aku blah naik kereta.
Apalah nasib, 2 hari sakit-sakit aku kerja tak dapat gaji. Maksudnya aku buat kerja amal je la untuk Auntie selama ni .
So now.. FREEDOM !!!!
Aku tak payah balik lewat malam. Bangun awal pagi pergi kerja. Tak payah sakit-sakit kaki bila bangun tidur bagai. And aku boleh online sesuka hati. HOHOHO..
Moral of the story: Sebelum buat sesuatu, ukur baju di badan sendiri dulu.
p/s: Entry ni dipost selepas 2 hari aku berhenti. Hehehe..tengah mood nak tengok anime ape semua lepas berhenti..Hahaha
|